Monday, August 15, 2011

Sekilas Pandang kepada hari Kiamat yang bakal tiba,,wallahualam tatau bila.. Tapi harapan kita supaya dipermudah segala urusan kelak di hari kiamat.

Assalamualaikum..aku ingin berkongsi ilmu kepada sekalian kawan-kawan dan saudara mara kita di muka bumi ini. dapatnya maklumat ini dari facebook. terima kasih kepada insan yang telah share bende ni secara meluas, harap-harap bende yang baik ni dapat dipanjang-panjangkan lagi buat tatapan sekalian makhluk supaya timbul rasa insaf dan beringinkan kepada melakukan amal jariah serta bercita-cita tinggi untuk menjadi umat islam yg diredhai oleh Allah s.w.t insyaAllah.


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar)

yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat

yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan

akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah

kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan

keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan

kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup,

tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup

sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi

putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit

atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang

berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang

kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka

tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang

tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau

manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka

menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang

amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan

lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib

mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya,

lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat

dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah

malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat

saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga

dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama

berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya

seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka

rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan.

Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan

mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang

mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan

mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak

akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu

bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih

putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang

mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang

mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata

"Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya

kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak

tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara

"pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi.

Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha

mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan

dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s.,

Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab

seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa

antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu

diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati

semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit,

turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar

(besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang

amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang

mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar

dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik

yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang

menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4

orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama

cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak

dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan

amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah

Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga

mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat

Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang

kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada

tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang

pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan

adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan

mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan

kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan.

Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun

yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk

menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh

amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki

akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh

Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk

menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh

makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan

hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk

memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap

seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi

jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang

dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah

tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan

dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000

tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang

melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan

berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa

menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang

lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya

melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-

Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini

kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah

pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam

itu, hanya 3 perkara yang aitu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain

Sunday, August 7, 2011

You Look So Fine I really Wanna Make You MINE!! Are you gonna BE MY GIrL!!? :DD

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh....

HYE everybody!!! i am back after a while not coming back here..oke la..sekarang ni aku tgh menempuhi saat2 yang tersukar dalam hidup,,iaitu,,menempuhi waktu bercuti semester yang paling lama dalam sejarah persekolahanku ini..haihh,,lama betol..cuti 2 bulan padat,,aku tatau nak buat ape dah ehh!! Julai dan Ogos menjadi teman kepada jasadku yang sudah lalai menempuhi 2 tahun peringkat Diploma yang sungguh luar biasa kejamnya..arghh..jerit rohku kepenatan..

Seterusnya,, apakah perkembangan yang ingin dikongsi ya..?? well,,aku tatau ape sebenanya yg bole diperceritakan dalam blog sebab setiap kali bila x ngadap blog bnyk sgt dah bende yg nak diceritakan,,dari segala bagai rasa tidak puas hati contohnya kepadalah segala kenangan pahit manis masam dan hitam melegam,,tapi bila dah kat depan lappy ni,,lidah kelu seribu bahasa,,jari jemari membisu bagai sejuta paku di ketuk tembus melepasi tangan ni..

Kalau DULU blog ni aku jadikan tempat bermadah pujangga dengan pelbagai versi cerita hantu di TGB kan,,haha...kalau tak perasan,,anda bole la check di previous2 post..ade je..tapi KALI INI,,ku kembali membawa kelainan yang serba serbi tidak kena,,almaklumlah,,umur makin meningkat,,so aku bawakan pembaharuan kepada blog aku ni,,aku nak memperjuangkan konsep Bahasa Rojak dan Ikut Suka Hati Aku Ah Aku Nak blog ape pun. kahkah..tu la diaa,,tetibe memalam pkul 2 ni,,takde bende nak buat,,,mata pulak tak bole nak rehat..haa,,cani ah..

mengenai TAJUK utk POST KALI INI,, mmg takde kaitan sgt pun,,sebab tu ialah lyric lagu semata-mata,,bcoz im listening to tht song while typing on dis shitty lappy of mine,,am hearing this song so...SO tu je lah,,,sumpah meraban!!.. hahah..lets get focus and bit serious okey? * oke dah 3 perenggan aku merapik mari mulakan...bagi yg benar baca sahaja anda akan disajikan dengan sedikit perkembangan sebenar diri ini..

4 MORE WEEKS or A MONTH to be exact,,i will pursuing my study in degree. as for now i am in the programme of Bachelor of Accountancy,,but if there's no aral melintang,,insyaAllah i will continue my degree in the course of Islamic Banking under the Faculty of Business Management at Uitm Shh Alam. but for time being,,the change of course is still in process with appeal letters to the Dean of both Faculty have been i made for the past couple of days. and as well an appeal letter to the Vice Chancellor of Uitm, Department of Academic. hope e'thing will be goin well and they accept to transfer me to the IB under FBM. Amin. You guys,,,do pray for me as well yah :) e'thing that come from you guys will be appreciate much.

SECONDLY,, i had clash with my gf for the past 2 month ago *grammar falling apart here,,just ignore my grammar fcuking. argh!!* haha,,emo2,,cont. okeh,,i've been officially single for now,,so dont say bad things behind my back if i am doin for what single guys will do.. aitee? :) Just that i am me,,and you are you. bla bla bla..and bla bla bla..haha,,i dont have time to explain why we broke up but,,everything happen for reason. one reason i would like to hint to u all,, there's no such thing as curang whatsoever..haha,,x best alasan curang2 nih,,x cool..maybe we are falling apart because it is just not for us anymore. kepada gurls yg baca,,biasalah tu,,korang mesti pahamkan,,pakwe ngn makwe gado2 last2 clash. kepada laki2,,haa,,korang lagi senang paham,,so tayah aku nak cecite,,Sayur,sayur,sayur....!!!!

Thirdly,, i dont know why i am blogging bck today,,maybe i feel a lil bit like I MISS HER,, so sad kan,,i still love her for fact :) but its okay,,i wont push..let time heals e'thing. i believe in GOD, ALLAH SWT.. that HE WILL CURE THIS ONE DAY LATER if this is all what we meant to be,,but in the same time,,, AKU REDHA... what ever is goin to happen i will say ALHAMDULILLAH... hey guys,,dont forget to say ALHAMDULILLAH once in everyday-to-day life okay? :) ape2 yg jadi pun ingt,,kita syukur je ape yg mendatang,,jadikan ayat ni sebagai faktor yg naikkan balik semangat kita alritee mates!!

Fourthly,,erm,,now i have an account Twitter,,, u can add me up,,just type there redzwankz or u can find me at redzwankhairudin@yahoo.com =) hope u will feel free to follow me and for sure i will follow u all bck. :D

Fifthly, idk wht else to say to be specific of, but in the next pose i will share with u all regarding my experience of flying out from Malaysia to the other continent for the first time in my life. :D well,,for a hint just go bck at my facebook and have a time to pictures walking there,,i have upload a sum of 13 albums regarding the trip there.haha,,,bnyknye pun gamba2 ngn family =) maybe will feel a bit bored,,but hey,,just have a look..bole la share2 kat kawan2 kan? :)

Sixthly,,ADA KE SIXTHLY?? ni nak kene tanya org yg hebat2 english ni,,nnt aku tanye sifu,, Aqilah Adnan,,Deeya,,Sharifah Diyana..lols,,if u guys baca ni sampai habes maka taulah kalian bahawa beta sengaja men-tagg nama kalian,,sebab kalian2 ini adalah antara org terawal yg difollow sejak kemunculan blog HARDSTYLE INDIFFERENT ni.. hihi :D

SEVENTHLY,,it is AVENGED SEVENFOLD!!! HAHAhahahHAAHA,, oke dah tade pape nak ckp lagi,,tu je pon. :p boo!! oke lah,,takat ni je..cukup eh..bye bye bye byeeeeee...

SALAM CERIA , RAMADHAN KAREEM semua!!!!