hye2!...sudah lama tidak aku pos ape2..ok la..so mari teruskan bersama cerita2 entiti di sequel yang seterusnya..hehe..layan~
hmm...seterusnya adalah pengalamanku semasa di awal sesi persekolahan tahun 2008...masa itu...sebilangan pelajar sudah kembali ke maktab hatta menyambut kedatangan sesi baru persekolahan sebagai seorang 'senior'..
aku telah ditempatkan di blok D iaitu blok asrama lelaki yang terletak paling belakang berdekatan dengan padang dan blok akademik ungu...masa terus berlalu...
hari itu, tidak ku ingat hari apa...waktu malam....aku sudah menjadi penginap di blok D sudah hampir 4 hari...almaklum lah pada tahun sebelumnya aku ditempatkan di blok A..sepanjang 4 hari aku berada di blok D aku berasa sungguh tidak selesa...dan aku dapat merasakan bagai diperhatikan sepanjang masa...
aku terkenang kembali cerita2 dari rakan seperjuanganku...cerita2 dari seniorku..mengenai kehangatan Blok D selama ini..sah!...tidak dapat ku sembunyi lagi perasaan gementarku pabila setiap kali menjejakkan kaki di blok tersebut...aku akn seolah terperasan sesuatu disebalik diriku....
bagi warga tgb..anda pasti kenal rakan kita..iaitu syawal yaakob...pejuang badar..aka vice badar itu sendiri..well...syawal mempunyai kelebihan utk merasakan kehadiran 'bende' tersebut dan sekaligus melihatnya....berdasarkan cerite2nye...jelas memang menunjukkan bahawa blok ini tidak lekang dari singgahan makhluk Allah itu...
ok la....kita terus kepada ceritaku.....cerita2 rakan ku itu akan ku coretkan di lain waktu...oke?..
hahah...
ceritaku bermula begini....
dalam minggu pertama penetapanku di blok D...acap kali aku berasa bengong dgn kejadian2 yang berlaku..contohnya....bunyi riuh di surau dorm blok....bunyi air di bilik air...bunyi loker diketuk berkali hampir setiap hari berlaku....sehinggakan aku menjadi lali dgnnya...kebanyakan kejadian ini berlaku sekitar 3-5 pagi....
pada hari khamis x silap...aku x pasti....masa tu pukul 4.30 pagi...aku telah terkejut kerana sewaktu aku berbaring untuk melelapkan mata..aku telah mengalihkan pandangan ku kearah partition dihadapanku...semasa aku mengalihkan pandangan...aku terlihat kelibat org melalui depan partitionku...aku amati betul2 paras rupanya..tetapi..ahh...keadaan begitu gelap...
akhirnya sedikit bias cahaya dari tingkapku mengenai mukanya..mudah sekali bagiku...bayangan muka menunjukkan seperti syazmeer badar...kerana sekali imbas dengan outfitnya yang memang tidak dapat disangkal lagi...sah lah bahawa itu syazmeer...jadi aku biarkan dia berlalu pergi...ku ingatkan dia hendak mengetuk segala loker yang ada seperti biasa dia buat untuk mengejutkan pelajar2 yang lain untuk menunaikan solat subuh...
akan tetapi....tiada satu pon loker yang diketuk..malah....lampu koridor juga tidak dinyalakan....aku bingkas bangun dari katil...dengan niat ingin mengejar....ku lontari suaraku...menyebut.."syazmeer"....berulang kali....tetapi aneh....dia langsung tidak menoleh..lantas berlalu pergi....yang aneh.....ku perasan pintu sebelum meninggalkan koridor di wing ku itu agak bertutup rapat..tetapi tiada sebarang bunyi.......aku bengong....
keesokan harinya....sepanjang hari aku bengong memikirkan perkara yang berlaku.....malam itu...ku tidak dapat melelapkan mata seperti biasa.....tepat pukul 3 sahaja...darahku mulai panas....jantung berdegup laju bagai baru shj lepas berlari pecut...aku amat segar pada waktu dinihari begitu...lama juga.....baru aku dapat menyesuaikan diri di blok D...makan bulan juga...tetapi tu la......minggu pertama tidak akan kulupakan dengan mudah...
selang dua hari dari kejadian membengongkan itu...aku bertanyakan kepada salah seorang ahli blok D..samada dia ada ternampak kelibat syazmeer dimana2...sebab aku pelik...sudah dua hari sejak kejadian aku tidak nampak batang hidung syazmeer langsung....aku bertambah bengong...
akhirnya...aku bertanya kepada rakan2 ku yang laen..dan mereka mengatakan bahawa syazmeer belom lagi sampai di mktb......kerana ada masalah transport.....
aku bagai hendak tumbang...mukaku mcm biase...pucat lesi bak mayat bernyawa......ku ceritakan kesahku ini kepada rakan2 blok ku yang terdekat.....ada yang percaya..ada yang menyangkal...
ku tanya pada syawal....dia tidak menafikan..dia menasihatkan ku supaya kuat iman dan bnykkan berzikir kepada Allah....kerana mereka adalah makhluk seperti kita jua...
suatu hari kemudian...aku bertanyakan hal ini kepada ustaz rozaidi tak silap.....tatkala kau menanyakan hal tersebut...dia terus merenung tepat kearahku buat seketika...sejenak kemudian berkata.....ustaz tahu dan faham bahawa ape yang redzwan lalui itu benar...sememangnya wujud makhluk halus yang dikenali sebagai makhluk jadian di blok tersebut..aku terdiam......dia menyuruhku berzikir mengingati yang Esa selalu....
hmm......jadi itulah yang dapatku coretkan pada kali ini....sehingga sahaja pada kali yang seterusnya....
p/s : terpulang kepada rakan2 ku...untuk percaya ataupon menyangkal.....semua adalah kejadian di luar jagkaan manusia sehingga anda sendiri mengalaminya.....
p/s (2) : tidurlah dgn nyenyak..jgn terbangun pada waktu dinihari....jika berlaku....beristighfar banyak2 dan zikir munajatlah kepada Allah...jikalau tidak boleh..sebut nama 'Allah' sudah memadai.....almaklumlah..lidah kelu bile perkara sebenar terjadi dihadapan mata...
laer!